Guru Besar

Guru Besar
EN MOHD YUSOF BIN HAMAT
Dikuasakan oleh Blogger.

Pautan Web Lain

Like Kami di FB

Aktiviti Terkini (Dari FB)

Semakan Keputusan UPSR 2016 online dan SMS akan diumumkan tidak lama lagi. UPSR 2016 online exam result. Tarikh Peperiksaan UPSR 2016 tahun ini telah berlangsung dari 5 - 8 September 2016. Selepas itu pelajar sudah mula rasa berdebar menantikan tarikh keputusan UPSR 2016 akan diumumkan. Menurut laporan terkini, keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dijangka diumumkan pada 17 November 2016. Tarikh dan masa yang tepat akan kamu update di sini nanti.

Biasanya tarikh keputusan UPSR akan diumumkan dalam bulan November setiap tahun. Apa pun kita tunggu  pengumuman rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia kelak.




Sebaik sahaja pengumuman keputusan UPSR dibuat anda boleh membuat semakan disekolah masing-masing pada hari yang ditetapkan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga ada menyediakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2016 secara online (UPSR online exam result) dan SMS.

Kedua-dua kaedah semakan ini boleh dibuat serta-merta tanpa perlu pergi ke sekolah asal anda untuk mendapatkan keputusan UPSR anda.

Anda Kini boleh membuat semakan keputusan UPSR secara online. Anda hanya perlu mengikut beberapa langkah mudah untuk membuat semakan keputusan peperiksaan tersebut. 
UPSR

Cara Membuat Semakan Keputusan UPSR

Semakan Keputusan UPSR 2016 Online exam result Dan Short Message System (SMS)
Untuk membuat semakan anda hanya perlu ikut arahan di bawah.

Semakan SMS: Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

Tarikh rasmi keputusan UPSR 2016 dijangka akan keluar dalam bulan November 2016. Pihak kami ingi mengambil kesempatan ini mengucapkan semoga berjaya kepada semua calon UPSR 2016. 

Peperiksaan UPSR ini penting kerana bakal menentukan samaada mereka layak masuk ke sekolah MRSM atau Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Kita akan muatnaik dalam laman ini sebaik sahaja kita mendapat informasi terkini mengenai tarikh sebenar keputusan UPSR 2016 diumumkan kelak.

Untuk mengetahui proses pendaftaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) layari Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh 2016